~@~BiArPuN JaLaN Itu PaNJanG KiTa AkaN MeReNtASiNyA PeRLaHaN- LaHaN~@~

Tuesday, May 31, 2011

~@~Lelaki ajak keluar???tak semestinya serius..~@~

baru aku perasan sejak akhir-akhir nie entri aku asyik sedih je...

Xpe2, kali nie aku nak kongsi satu teori baek punye kat korang semua...

Tahukah korang kalau seseorang lelaki itu mengajak korang keluar tak bermaksud dia mempunyai perasaan kat korang...

Betul wei...kawan aku (lelaki) sendiri yang cakap macam tu kat aku...

Sebenarnya mereka bukan betul-betul suka kat korang pon kalau dok ajak korang keluar makan atau tengok wayang ke...

mereka sebenarnya saje je ajak korang keluar sebab dia bosan xde sape nak temankan dia...

Ye la, kawan-kawan semua dok berkepit je dengan aweks2...

So, dia pon cari la mangsa untuk jadi peneman pergi tengok wayang, makan, shopping dan sewaktu dengannya...

Pastu bile dah keluar, mula la korang berperasaan syok sendiri kan kan...

Macam aku tak tahu...hahahaha...

Lepas tu, bila lelaki tu dah xnak keluar dengan korang, atau pun keluar dengan awek lain, mula la korang kata dia buaya la, curang la...tacing sana tacing sini...

Korang kena tahu yang sebenarnya lelaki ni tak semestinya keluar dengan korang bermaksud dia serius dengan korang...

mungkin ada sesetengah lelaki memang serius tapi ada juga yang tak serius...

ye la, kadang-kadang, awek mereka jauh dengan mereka...

so, mereka cari la spare part...paham x???


Maka, girls….korang kena ingat…jangan jual murah sangat...

dan jangan cepat perasan...

aku tahu, perempuan memang sangat cepat perasan bila ada lelaki yang mereka suka take-care akan mereka...

ya, saya pon perempuan gak..saya paham...

tapi kena ingat, kadang-kadang mereka tak serius dengan kita...

so, please jual mahal cikit...lelaki suka tau girls yang jual mahal nie...sebab kata mereka, itu cabaran...!!! Hahahaha...

well,lelaki kan suka cabaran...

so girls, buat la lelaki rasa tercabar sikit...hahahaha!!!!

lepas nii tips untuk lelaki pulak...10 ciri lelaki yang perempuan suka...ahakssss....gedik pulak...dushhhh...!!!!!

p/s: aku rasa aku kejam la dengan lelaki....errrrrrrrrrrrr...mintak ampun lelaki sekalian!!!!

Sunday, May 22, 2011

~@~Kadang-kadang~@~



Kadang-kadang kita tak tahu apa yang tersurat dan tersirat untuk kita...

Kadang-kadang kita tak tahu apa sebenarnya percaturan hidup kita...

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita inginkan dalam hidup kita...

Kadang-kadang kita tak tahu apa itu kesedihan dan kekecewaan...

Masa itu mengajar kita untuk mengenal erti kehidupan yang berliku-liku...


Masa juga mengajar kita untuk menerima hakikat tentang sesuatu yang sukar untuk diterima...

Ya, hidup ini penuh dengan cabaran dan kita perlu menerimanya dengan redha...

Tuesday, May 3, 2011

~@~Jatuh cinta?? Tidak perlu alasan….~@~

Sememangnya hidup kita indah dengan kehadiran cinta…kehadiran cinta di dalam diri kita akan memberikan ruang kehidupan yang lebih indah..(ayat pusing-pusing balik...hahaha)

Pernahkah terfikir kenapa kita jatuh cinta pada seseorang??

Ya, pasti sukar untuk memberi jawapannya...

Cinta sangat sukar dilafazkan namun sangat sukar untuk disembunyikan...

Jatuh cinta tidak perlu diberikan sebab atau alasan kerana ianya tiada jawapan...

Seseorang yang mencintai seseorang yang lain tidak dapat memberikan alasan kenapa dia menyukai seseorang itu kerana dia tidak tahu akan jawapannya...

Contoh dialog...

perempuan: kenapa awak suka kat saya??

Lelaki: err, sebab, sebab, sebab...

Perempuan: sebab ape???

Lelaki: sebab, sebab,tak boleh nak cakap la...(sambil tersenyum)

Dialog diatas sering terjadi pada insan yang bercinta...perempuan suka bertanya kepada lelaki kenapa dia menyukainya...

sebenarnya sukar untuk lelaki menjawabnya kerana dia tidak tahu akan jawapannya dan perempuan perlu tahu bahawa jika lelaki tidak dapat memberi jawapan bukan bermakna dia tidak menyukai anda tapi sebaliknya dia sangat menyukai anda sehingga tidak mampu untuk menyatakannya...

.

Ini satu teori yang aku sering lihat dengan pancaindera dalam ruang kehidupan aku...kebanyakkan lelaki tidak dapat menyatakan perasaan sebenarnya kepada perempuan yang disukainya dengan alasan atau sebab munasabah kerana perasaan cinta itu datang dengan sendiri dan kadang-kala kita tidak sedar perasaan kita sendiri...

sebab itu kadang-kala kita tidak dapat meluahkannya dengan kata-kata tapi sebaliknya dengan tingkahlaku kita...

jatuh cinta itu perlu sebagai manusia yang normal kerana ia adalah anugerah yang indah dari illahi...

p/s : banyak kali jatuh tangga...adehhh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...