~@~BiArPuN JaLaN Itu PaNJanG KiTa AkaN MeReNtASiNyA PeRLaHaN- LaHaN~@~

Monday, December 26, 2011

~@~Kenapa Lelaki Suka Makwe Cantik Je??~@~

kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak kenapa lelaki suka mencari makwe yang cantik-cantik je walaupun diri mereka tak le sekacak mana atau memang jenis perasan hensem....


korang nak tahu apa jawapannya??

meh sini aku kasi taw...

sebenarnya kalau mereka dapat makwe yang cantik, dahi licin, pipi gebu, mereka akan rasa bangga bila tunjuk kat kawan-kawan mereka...
boleh la belagak sikit atau kasi jelez kat kawan-kawan....
biasa la, lelaki kan ego sikit...

TAPI

tak semua lelaki macam tu...(aku backup lelaki lak ni)

ada juga yang mancari cinta sejati (perghhh ayat kau) kerana keikhlasan, kecantikan dalaman, dan kejujuran tanpa bersandarkan rupa semata-mata...


TAPI 

kalau ada lelaki yang cakap "saya suka awak sebab awak cantik"...

please ! ! ! berhati-hati sebab mereka hanya sukakan kecantikan korang je..
kalau korang dah tak cantik, mesti dia akan tinggalkan korang... kemungkinan besar mereka jenis mata keranjang....

aku ada terbaca satu kisah kat fb...

ada seorang lelaki mengekori seorang perempuan yang cantik...
perempuan itu hairan lalu bertanya kepada lelaki itu. "kenapa awak mengekori saya?", lalu lelaki itu menjawab, "kerana saya suka awak dan tertarik dengan rupa awak yang cantik dan saya ingin berkenalan dengan awak.". 
kemudian perempuan itu menjawab, "awak patut lihat kawan saya, dia lebih cantik daripada saya..dia ada di belakang awak." 
dan lelaki itu pun menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa pun di belakangnya. 
and last perempuan tu cakap, "kalau awak betul suka dan nak berkenalan dengan saya, awak tidak akan menoleh ke belakang. nampak sangat awak memang suka perempuan yang cantik je." 

SEE !!!

so, hati-hati ye perempuan-perempuan cantik dengan lelaki seperti itu..!!


Thursday, December 15, 2011

~@~Apa Korang Akan Buat Kalau Ada Seseorang Datang Meluahkan Perasaan?~@~

hai korang....aku nak merapu merepek lagi...


apa korang akan buat kalau ada seseorang datang meluahkan perasaan dan ingin couple dengan anda???
mesti korang terkejut dan tertanya-tanya sama ada dia serius atau tidak??
atau tertanya-tanya sama ada anda bakal aweknye/pakwenye yang ke-5 atau tidak?? 
(yela, playboy playgirl kan ramai kat dunia nie)


senang je...
mula-mula sekali time dia luahkan perasaan, 
korang kena tanya direct kat dia sama ada korang ni bakal peneman kala dia sunyi ke (yela, bf/gf kan jauh, so cari la mangsa) 
atau pun dia memang serius nak kawan dengan korang...




so, korang try la buat camtu mesti dia terus tak nak kawan dengan korang...huahahahaha

p/s : sila jangan tiru cara di atas yek...

Monday, November 28, 2011

~@~ohhh awak si selipar jamban~@~

pashmina dah cantek kat ats kepala...
cardigan, baju, seluar disarungkan...
beg di bahu...
sarungkan kasut....
jalan penuh bergaya...
tetiba baru perasan aku pakai selipar jamban...


macam mana la boleh tak perasan?? adoiiiii...
buat malu je..!!
selamat perasan masa nak turun tangga hostel..
kalau la aku ke kelas dengan selipar jamban...
nak je aku tutup muka sambil berjalan, lepas tu terlanggar tiang, benjoi kepala, padan muka hang...
adoiiiii 



p/s: dua kali dah kot terpakai selipar jamban p kelas..

Tuesday, November 15, 2011

~@~Berkata Tentang Temporary Feelings~@~



assalamualaikum dan helooooo !


apa itu temporary feelings??
 " every feelings is temporary unless you make it permanent "
temporary feelings sering terjadi pada manusia xkira la temporary feelings sebab sukakan seseorang, sebab sukakan sesuatu pekerjaan atau sesuatu barang yang baru...


tapi 'temporary feelings' lebih kepada istilah sukakan seseorang..


contohnya ianya terjadi apabila kita berjumpa dengan seseorang yang baru dan menarik perhatian kita, kita akan terbit perasaan SUKA namun selalunya perasaan itu sementara sahaja kerana apabila kita mula bosan dan rasa ianya tidak kekal, so kita akan biarkan perasaan itu berlalu dan hilang...




temporary feelings selalunya sekejap sahaja iaitu dalam 2 atau 3 bulan...mungkin berminggu-minggu atau mungkin berhari-hari..
bergantung kepada individu itu sama ada perasaan itu lama atau sekejap.. 
dan selalunya tidak lebih dari 4 bulan...
kadang-kadang kita akan ter temporary feelings dengan beberapa orang dalam masa yang serentak...ya, ia selalu terjadi ! ! !


jadi, kita perlu jujur dengan diri sendiri, jangan mempermainkan perasaan orang lain..kalau rasa tidak selayaknya, maka lupakan saja dan teruskan berjalan ke hadapan kerana mungkin ada sinar baru di hari esok..senyum-senyum selalu ya...bye2!!



lagi satu, korang boleh baca tentang temporary feelings ni lagi detail kt sini ok !


p/s :tak suka temporary feelings

Thursday, November 3, 2011

~@~ Haruskah? ~@~


aku harus memandang ke hadapan,
terus melangkah tanpa menoleh ke belakang,
berhenti apabila tiba di persimpangan,
memilih dua jalan yang berbeza.

kenapa perlu adanya persimpangan,
yang sukar untuk aku memilih,
sama ada suka atau duka,
dan
perlukah aku melangkah,
memilih salah satu persimpangan?


atau...

haruskah aku berdiri kaku,
tanpa memulakan langkah,
dan
 membiarkan persimpangan itu menjadi sukar untuk dilalui?

can you read my feeling?





i am waiting for you...

Tuesday, November 1, 2011

~@~ Review : Video Clip dan Lirik Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ~@~


hai korang.. ! ! !
kali nie aku nak share satu  video clip daripada Jeslina Hashim yang bertajuk "Ku Intai Cinta Dalam Rahsia"....
lagu nie sebenarnya dah lama, rasanya masa aku sekolah menengah kot..maybe dalam form1 atau form 2...
kalau kita cuba menghayati liriknya, tersangat la bermakna dan menyentuh perasaan wooo...
meh aku cerita cikit pasal lirik lagu nie...huhuhu
ianya pasal cinta yang tidak pernah dilafazkan..
contohnya melalui lirik tu, rakan-rakan dia selalu anggap mereka bersama tapi hakikatnye tidak...
ok, apa aku merepek nie...adoiii


senang cerita, lagu ni tentang cinta yang tak pernah diucapkan..boleh dikatakan bertepuk sebelah tangan la...atau syok sendiri atau dia dah ada orang lain...
touching giler kot...
lagu nie aku amik kat you tube, so aku ade la baca orang komen tentang lagu nie..
antaranya :-

1) Cinta itu sendiri sifatnye sunyi, hanye yg d beri dapat merasa. Akan keindahan cinta.... x perlu d ucap akan lafaznye

2) sebab dia tak cintakan kita .... paham22 sendiri, hahaha

3) Cinta yg xterucap is very complicated. . . Mybe kte hnye ""

4) sedih...:(

5) "kekasih yg x dianggap"

ok fine...
comment aku pulak, dah2 le tu, berhenti la berharap...
pergi cari yang lain la...
mungkin dia bukan untuk kita...kan banyak lagi orang lain..!!!

so, enjoy this video clip ok bye ! ! !




Sunday, October 30, 2011

~@~ Sem 5 Sem sakit-sakit ~@~

hai korang...!!!




nampaknye aku dah lama x update entri kan...
mesti bersarang dah...
maklum la busy memanjang je... 
( padahal dok on9, main game, fb je )
ish3, ape la nk jadi..
assignment dah berlambak, pastu nak mid term lagi...warghhhhhhh

sekarang ni pulak asyik sakit-sakit...
sakit telinga la, sakit mulut la, sakit kaki la, kulit kering la, sakit hati la...
macam-macam sakit...
adoiiiii ! ! ! masalah betoi la...



biasa la, aku memang xsuka jumpe doktor, bila dah betoi2 sakit baru nak pergi, tapi itu pun still malas lagi..
lepas tu bila dah melarat mula la gelabah...
ish3...!!!


 






p/s : esok nak cuci telinga...takut wooooo...

Saturday, September 24, 2011

~@~Syawal Yang Indah~@~

helloo semua...!!!
dah lama aku x update blog...
rasanya aidilfitri masih lagi ada kan...
jadi di hujung syawal ini aku ingin mengucap selamat hari raya aidilfirti...
aku perkenalkan family aku..!!
ok bye2..





Thursday, August 4, 2011

~@~Akim - Inilah Cinta~@~

hai semua...
kali ni aku nak share satu video clip...
video clip daripada akim yang bertajuk 'inilah cinta' sangat sweet...
jalan carita dalam video tu menarik...
walaupun lagu dan video ni dah lama tapi aku suka tengok...
"bestnye jadi perempuan dalam video tu.."
ohhh, angan-angan mat jenin la jawabnya...
harap korang enjoy..!!
bye korang..!!!

video

Saturday, July 30, 2011

~@~Ramadhan Kembali Lagi..~@~


assalamualaikum..!!!
wah, bulan ramadhan dah dekat la...
tak sabar rasanya nak berpuasa...
rasanya macam sekejap je masa berlalu...
rasa macam baru je aku tulis entri pasal ramadhan (sini) tahun lepas....
puasa kali ni aku akan berpuasa di rumah...yeaaahhh!!!
ye la, dah dua tahun aku berpuasa di perantauan...
(perantauan la sangat)


bila aku ingat balik 2 tahun dulu, memang sedih puasa tanpa keluarga...
tiap-tiap hari akan fikir nak makan apa time sahur nanti, nak beli apa time berbuka nanti...
tapi sebenarnya kita dapat belajar hidup berdikari dan menjadi lebih matang...
teringat lagi puasa tahun lepas bila aku dan kawan-kawan berhujan tengah-tengah malam semata-mata nak mencari makanan untuk bersahur...
kalau kat rumah bila time sahur je mak aku akan kejutkan kami sekeluarga dan bangun-bangun je terus makan...huhuhu...
ok, apa aku merepek nie???abaikan...


di kesempatan ini, 
aku ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubarak...
semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua...
aminnn.......

p/s: jangan ponteng puasa yek kawan-kawan...!!!

Tuesday, July 19, 2011

~@~Saya Suka Baca Komik~@~

dalam banyak-banyak buku, aku paling suka baca buku komik...
aku lagi suka baca komik daripada baca novel...

sebab apa??
sebab komik ada gambar..cantik, tak bosan...

compare dengan novel...hurmmm, boring...
penuh dengan perkataan dalam satu muka surat...
lepas tu, cerita dalam novel macam fantasi..
well, ada ke lelaki atau perempuan yang perfect macam dalam novel tu kat dunia realiti nie??
tak ada kan...

bak kata bos kat tempat praktikal aku, "angan-angan je semua tu,xpayah la kau baca novel.."
ya, aku mengaku aku ada juga baca novel tapi boleh kira dengan jari berapa banyak aku dah abis baca sepenuhnya...
ada sesetengah novel aku pinjam tapi baca separuh je sebab BOSAN...!!!

antara koleksi buku Gempak Starz..
sebenarnya ada lagi tapi dah hilang..warghhh sape curik??

aku lagi gemar baca komik...kelakar, lukisan kartun cantik dan bahasa sempoi..
banyak jugak duit aku habis beli komik macam "Gempak Starz Collection" punya yang diimport dari jepun, korea..tapi dh translate bahasa la...DORAEMON,SHIN CHAN pun layan jugak..

majalah-majalah macam GEMPAK, UTOPIA,KEKO xpayah cakap la..memang aku layan pun..lagi better dari majalah MANGGA,URTV yang cerita pasal artis tu...

nak pinjam ke??

tapi kadang-kadang rasa tak berbaloi jugak beli sebab sekali baca je lepas tu simpan...
harga satu komik pun dalam RM6.50 - RM7.50...mahal tu...beli topup RM5 pun lepas...tapi, dah minat, beli je la...
kadang-kadang mak aku bising jugak tapi aku buat muka seposen je..aku beli, lepas tu aku sorok...huhu


bukti aku suka masuk kedai buku..
tapi cari komik la..huhu

buku ni pun aku baca gak..
eh,kenapa dua2 gambar kepala senget nie?? abaikan..k bai..!!!

p/s : alamak, mesti yang giler baca novel marah kat aku balik...soriii..


Wednesday, July 13, 2011

~@~Wordless Wednesday : New Boyfriend..hehe~@~





Geun Suk Oppa...!!!!
opsss terlebih suda...
k bai....

Monday, July 11, 2011

~@~Praktikal~@~

heloo uollsss...
eh silap...salam semua..!!!


aku baru je tamat latihan praktikal kat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,Perak (SUK) kat Bahagian Dewan Negeri dan MMK...


pengalaman yg aku dapat sepanjang tempoh praktikal sgt best...
macam-macam benda baru aku belajar..kawan baru..


sebenarnye aku sorang je budak praktikal kt bahagian tu...
kadang-kadang memang bosan gak sebab sorang2 je tapi kat situ ade jugak akak2 yg sporting macam kak Aya, kak Lynn, kak Zurin dan yang lain....


praktikal kat sana aku belajar tentang manusia...perwatakan manusia...tingkahlaku...aku jumpa macam 2 jenis orang macam sorang Datin yang bajet bagus...!!!ye la, kat SUK ade byk pangkat Dato, Datin kot...


praktikal sama mcm alam pekerjaan cuma beza takde gaji je...pagi2 sebelum masuk keje dan balik kena punch card, bos bagi keje kena buat dan sekali gus aku dapat merasai dunia pekerjaan..


tapi paling best part makan free la...selalu gak dapat makan free kat sana..huhu
serius praktikal kat sana memang xde kena mengena dengan apa yang aku belajar kt U..tapi pengalaman yang dapat tu amat berharga..!!!
aku malas nak tulis banyak2, so, korang tengok la gambar2 aku kat sana ok..farewell DUN / MMK...!!!

antara hadiah yang aku dapat..huhu

dengan kak Lynn

dengan kak Aya

dengan kak Zurin

dengan kak Rini

dengan kak Finas

dengan En.Mahathir

dengan CC

kat Library...

dengan kak shira n kak rozie

dengan abg indraz

dengan zul

tempat duduk aku..tengok fail bertimbum tu...rajin x aku??huhu

kat opiss..!!!

DUN / MMK

peace..!!!
ok bai..!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...