~@~BiArPuN JaLaN Itu PaNJanG KiTa AkaN MeReNtASiNyA PeRLaHaN- LaHaN~@~

Monday, December 26, 2011

~@~Kenapa Lelaki Suka Makwe Cantik Je??~@~

kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak kenapa lelaki suka mencari makwe yang cantik-cantik je walaupun diri mereka tak le sekacak mana atau memang jenis perasan hensem....


korang nak tahu apa jawapannya??

meh sini aku kasi taw...

sebenarnya kalau mereka dapat makwe yang cantik, dahi licin, pipi gebu, mereka akan rasa bangga bila tunjuk kat kawan-kawan mereka...
boleh la belagak sikit atau kasi jelez kat kawan-kawan....
biasa la, lelaki kan ego sikit...

TAPI

tak semua lelaki macam tu...(aku backup lelaki lak ni)

ada juga yang mancari cinta sejati (perghhh ayat kau) kerana keikhlasan, kecantikan dalaman, dan kejujuran tanpa bersandarkan rupa semata-mata...


TAPI 

kalau ada lelaki yang cakap "saya suka awak sebab awak cantik"...

please ! ! ! berhati-hati sebab mereka hanya sukakan kecantikan korang je..
kalau korang dah tak cantik, mesti dia akan tinggalkan korang... kemungkinan besar mereka jenis mata keranjang....

aku ada terbaca satu kisah kat fb...

ada seorang lelaki mengekori seorang perempuan yang cantik...
perempuan itu hairan lalu bertanya kepada lelaki itu. "kenapa awak mengekori saya?", lalu lelaki itu menjawab, "kerana saya suka awak dan tertarik dengan rupa awak yang cantik dan saya ingin berkenalan dengan awak.". 
kemudian perempuan itu menjawab, "awak patut lihat kawan saya, dia lebih cantik daripada saya..dia ada di belakang awak." 
dan lelaki itu pun menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa pun di belakangnya. 
and last perempuan tu cakap, "kalau awak betul suka dan nak berkenalan dengan saya, awak tidak akan menoleh ke belakang. nampak sangat awak memang suka perempuan yang cantik je." 

SEE !!!

so, hati-hati ye perempuan-perempuan cantik dengan lelaki seperti itu..!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...