~@~BiArPuN JaLaN Itu PaNJanG KiTa AkaN MeReNtASiNyA PeRLaHaN- LaHaN~@~

Tuesday, May 6, 2014

~@~ Pengalaman PAC bagi jawatan Pegawai Penerangan ~@~

assalamualaikum....

dah lama aku x update blog kan..biasa la, xde masa sebab keje bertimbun-timbun..assignment la, presentation la, handle program sana sini, tesis la (errr yang tu xsentuh2 lagi) dan keje2 sampingan yang lain..

so, topik kali ni aku nak share pengalaman menyeronokkan join PAC bagi jawatan Pegawai Penerangan bawah Jabatan Penerangan dan SPA.

5/5/2014 yang lalu, aku telah dipanggil untuk menduduki Program Assessment Centre (PAC) di Politeknik Shah Alam. sebenarnya aku agak terkejut juga sebab xsangka lulus exam kemasukan jawatan ni. ye la, dah 4 kali aku amik exam SPA (tapi semua jawatan berlainan) xpernah lulus, tapi kali ke-4 ni lulus pula..aku baru ingat nak mandi bunga kalau xlulus lagi..hahaha

berbalik pada PAC ni,  program ni bermula dari pagi sampai la ke petang sebab ada 5 aktiviti seperti debat ala parlimen, daya penyelesaian masalah, group discussion, pengucapan awam dan public speaking. fuhhhh, baca nama aktiviti ni pun dah macam susah kan.


mula-mula pendaftaran aku sampai dalam pukul 7.30 pagi dan masa tu aku pakai kasut bertutup tapi bukan kaler hitam. aku tanya la pegawai yang bertugas kat kaunter pendaftaran tu boleh ke tidak pakai kasut bukan kaler hitam, pegawai tu kata boleh je sebab PAC ni dorang xtekan sangat etika pemakaian asalkan kemas. yang dorang tengok adalah prestasi kita dalam aktiviti-aktiviti tersebut. pegawai tu cakap lagi, jangan sebab kasut, u rasa down. macam dia tau je aku rasa down sebab bukan pakai kasut tumit hitam.. lagi satu, time tu aku pakai tudung bawal yang memang aku jarang pakai. rupa-rupanya boleh je pakai shawl, pashmina, halfmoon dan seangkatan dengannya. kalau aku tau la boleh pakai shawl, dah lama aku pakai shawl, pashmina belit-belit style terkini sebab aku lebih berkeyakinan bila pakai shawl. lepas tu, aku tengok ada je yang pakai kasut tak bertutup..ciss, kalau aku taw la, aku pakai kasut cun aku yang baru beli tu..

lepas je pendaftaran, kiteorang kena masuk dewan untuk dengar taklimat. sementara menunggu taklimat bermula, pegawai yang bertugas benarkan kami untuk cari maklumat, isi-isi tajuk bagi prepare untuk pengucapan awam dan public speaking. sebenarnya, semasa pendaftaran, kami dibekalkan dengan 2 tajuk untuk pengucapan awam dan public speaking. patut la aku tengok semua orang sibuk tengok smartphone rupa-rupanya cari bahan. aku pun ape lagi, memang gigih la curi masa untuk cari bahan. 


lepas taklimat, kiteorang kena jawab ujian penaksiran personaliti SPA. huhhh, kalau ujian personaliti ni memang aku dah familiar sangat la sebab ini bidang aku. so, aku memang suka la jawab ujian ni tapi soalan sampai 200 membuatkan aku penat menjawabnya. selepas selesai, kami dipecahkan kepada kumpulan. no badan aku 105 maknanya aku orang yang ke 105 datang..hahaha.. daripada no badan tu, aku lihat bilik yang perlu aku masuk untuk aktiviti pertama. so, aku pun berjalanlah ke bilik no 5 di mana aktiviti 1 iaitu debat ala parlimen akan dijalankan. aku memang cuak la dengan debat-debat ni sebab xpernah kan. tapi aku cuba juga la walaupun darah gemuruh tetibe je datang. tajuk bagi debat ala parlimen ni adalah GST adalah cukai terbaik di Malaysia. so, aku berada di pihak pencadang dan memang aku bedal je la sebab aku memang tak pandai sangat debat-debat ni. tapi yang bagusnya kumpulan aku ni, kami semua mendapat peluang untuk bercakap dan sememangnya juri dan penilai memang memberi peluang untuk menyampaikan hujah.

selepas itu, aktiviti kedua pula adalah daya penyelesaian masalah. kami perlu bekerjasama dalam satu kumpulan dan selesaikan masalah yang diberikan. group aku pilih soalan 1 iaitu tentang medium yang sesuai digunakan bagi kempen cintakan negara. 

aktiviti ketiga pula adalah group discussion. dalam bulatan, kami diminta untuk membincangkan pasal satu tajuk di dalam bahasa inggeris. memang aku hentam je la sebab kena speaking wei.. dah la speaking terabur..


aktiviti keempat pula adalah pengucapan awam. ala-ala pidato la nie.. kira nak tengok sama ada kita boleh bercakap di khalayak ramai atau pun tidak. yang ni sorang-sorang.. aku tak sangka, juri tu panggil no badan aku dulu.. memang cuak wei bila jadi orang first tapi nasib baik aku dah stanby isi masa pagi-pagi la.. so aku beranikan diri juga la untuk pengucapan awam nie.. belasah je asalkan aku buat.. kami diberi masa 5 hingga 6 minit untuk bercakap mengenai tajuk yang diberikan. tajuk aku agak susah iaitu "kebebasan media di Malaysia". aku tengok orang lain tajuk senang pulak..cissss..

aktiviti kelima pula adalah public speaking. kali ni aku bernasib baik sebab bukanlah orang pertama lagi bercakap di depan.. tajuk yang aku dapat pun susah jugak iaitu "malaysian education system"..tajuk-tajuk yang aku dapat ni banyak fakta sungguh..

selepas je selesai aktiviti kelima, kami boleh pulang yeah..selamat la kawan aku mastura sudi menjemput aku kalau x, xtaw la nak balik ke ukm camne..sebab agak jauh juga dari politeknik ke KTM yang berdekatan..dah la hujan lebat, lapar pulak tu..so, sampai je bandar baru bangi, kami serang wong solo untuk makan ayam penyet, pecal lele...perghhh sedap beb...

sehari aku di program PAC ni memang menarik dan aku dapat pengalaman bagaimana PAC berlangsung..kebanyakan yang join PAC ni ramai yang dah bekerja dan aku yang masih lagi student ni agak merendah diri di situ.. tapi serius, banyak juga yang sedang amik master dan yang dah ada master.. so persaingan di era pekerjaan semakin mencabar lebih-lebih lagi jawatan pegawai kerajaan.. ramai yang dah ada master dan aku tak terkejut kalau suatu hari nanti sijil degree pun dah tak laku.. so, kalau ada keinginan nak sambung belajar lebih tinggi, sambung la..amik peluang tersebut...jangan sia-siakan..


so, itu je la perkongsian aku tentang PAC ni..jodoh, rezeki, ajal, maut semua di tangan Allah.. kalau ada rezeki aku untuk jawatan ini Alhamdulillah.. kalau tiada cuba lagi...gagal tidak semestinya gagal untuk selama-lamanya bukan...peace !!!

5 comments:

フィフィ said...

weh fifi ni. haha.
peh mcm best je...good luck ye!
i know u can do it.
doakan i jugak..rasanya nak try apply MA la jugak memandangkan semua org pun sibuk study dah or dah grad masters... jeles weh. haha

~@~FaFa KiMuRa SaKuRa~@~ said...

fifi...lama xdgr khabar ko..huhu tengkiuu..gudluck utk ko gak yek..aku doakan ko bjaya dalam dunia n akhirat...rindu ko wei..haha

Anonymous said...

amacam result PAC? lulus?

Anonymous said...

Salam...so mcm mana dik...lulus tak PAC tu? :)

Anonymous said...

-aja-
based on ur entry, I think we r in the same group.. :)
but I can't remember my no., I guess 170+..
I tgh search PSL PAC pegawai pembangunan masy n jumped here...
result peg. penrgn dh klua kn? u dh check?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...