dalam kehidupan kita, sememangnya tidak boleh lari daripada norma kehidupan....
(eh, kenape aku buat ayat karangan nie?? ah, layan je...)
kadang-kala, kehidupan telah membuat kita menjadi lebih matang...
dalam kehidupan pula, kita tidak boleh lari dari erti kegagalan...
kegagalan sebenarnya adalah satu permulaan dalam hidup kita... ramai yang berpendapat bahawa kegagalan itu sesuatu yang teruk namun sebenarnya kegagalan itu la mengajar kita erti kehidupan...
gagal?? putus asa??? rasa rendah diri?? malu??
campakkan sifat-sifat tersebut jauh-jauh dari kamus hidup anda kerana ianya akan melemahkan diri kita...
ya...memang kegagalan itu melemahkan kita...
tapi kita harus menerimanya dan bangkit untuk menggapai kejayaan...
putus asa adalah bagi orang yang lemah...
kekuatan kita terletak dalam diri kita sendiri...
jatuh bangun adalah ditangan kita....
ayuh, bangkitlah dari kegelapan dan kegagalan kerana nercaya pasti akan ada sinar baru dalam kehidupan...
p/s : untuk munasabah diri....peace...!!!
3 comments:
never give up...
something more worth waiting for u..
yeahhh...i never give up girl...!!!!thanxx..
Post a Comment