~@~BiArPuN JaLaN Itu PaNJanG KiTa AkaN MeReNtASiNyA PeRLaHaN- LaHaN~@~

Tuesday, May 31, 2011

~@~Lelaki ajak keluar???tak semestinya serius..~@~

baru aku perasan sejak akhir-akhir nie entri aku asyik sedih je...

Xpe2, kali nie aku nak kongsi satu teori baek punye kat korang semua...

Tahukah korang kalau seseorang lelaki itu mengajak korang keluar tak bermaksud dia mempunyai perasaan kat korang...

Betul wei...kawan aku (lelaki) sendiri yang cakap macam tu kat aku...

Sebenarnya mereka bukan betul-betul suka kat korang pon kalau dok ajak korang keluar makan atau tengok wayang ke...

mereka sebenarnya saje je ajak korang keluar sebab dia bosan xde sape nak temankan dia...

Ye la, kawan-kawan semua dok berkepit je dengan aweks2...

So, dia pon cari la mangsa untuk jadi peneman pergi tengok wayang, makan, shopping dan sewaktu dengannya...

Pastu bile dah keluar, mula la korang berperasaan syok sendiri kan kan...

Macam aku tak tahu...hahahaha...

Lepas tu, bila lelaki tu dah xnak keluar dengan korang, atau pun keluar dengan awek lain, mula la korang kata dia buaya la, curang la...tacing sana tacing sini...

Korang kena tahu yang sebenarnya lelaki ni tak semestinya keluar dengan korang bermaksud dia serius dengan korang...

mungkin ada sesetengah lelaki memang serius tapi ada juga yang tak serius...

ye la, kadang-kadang, awek mereka jauh dengan mereka...

so, mereka cari la spare part...paham x???


Maka, girls….korang kena ingat…jangan jual murah sangat...

dan jangan cepat perasan...

aku tahu, perempuan memang sangat cepat perasan bila ada lelaki yang mereka suka take-care akan mereka...

ya, saya pon perempuan gak..saya paham...

tapi kena ingat, kadang-kadang mereka tak serius dengan kita...

so, please jual mahal cikit...lelaki suka tau girls yang jual mahal nie...sebab kata mereka, itu cabaran...!!! Hahahaha...

well,lelaki kan suka cabaran...

so girls, buat la lelaki rasa tercabar sikit...hahahaha!!!!

lepas nii tips untuk lelaki pulak...10 ciri lelaki yang perempuan suka...ahakssss....gedik pulak...dushhhh...!!!!!

p/s: aku rasa aku kejam la dengan lelaki....errrrrrrrrrrrr...mintak ampun lelaki sekalian!!!!

Sunday, May 22, 2011

~@~Kadang-kadang~@~



Kadang-kadang kita tak tahu apa yang tersurat dan tersirat untuk kita...

Kadang-kadang kita tak tahu apa sebenarnya percaturan hidup kita...

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita inginkan dalam hidup kita...

Kadang-kadang kita tak tahu apa itu kesedihan dan kekecewaan...

Masa itu mengajar kita untuk mengenal erti kehidupan yang berliku-liku...


Masa juga mengajar kita untuk menerima hakikat tentang sesuatu yang sukar untuk diterima...

Ya, hidup ini penuh dengan cabaran dan kita perlu menerimanya dengan redha...

Tuesday, May 3, 2011

~@~Jatuh cinta?? Tidak perlu alasan….~@~

Sememangnya hidup kita indah dengan kehadiran cinta…kehadiran cinta di dalam diri kita akan memberikan ruang kehidupan yang lebih indah..(ayat pusing-pusing balik...hahaha)

Pernahkah terfikir kenapa kita jatuh cinta pada seseorang??

Ya, pasti sukar untuk memberi jawapannya...

Cinta sangat sukar dilafazkan namun sangat sukar untuk disembunyikan...

Jatuh cinta tidak perlu diberikan sebab atau alasan kerana ianya tiada jawapan...

Seseorang yang mencintai seseorang yang lain tidak dapat memberikan alasan kenapa dia menyukai seseorang itu kerana dia tidak tahu akan jawapannya...

Contoh dialog...

perempuan: kenapa awak suka kat saya??

Lelaki: err, sebab, sebab, sebab...

Perempuan: sebab ape???

Lelaki: sebab, sebab,tak boleh nak cakap la...(sambil tersenyum)

Dialog diatas sering terjadi pada insan yang bercinta...perempuan suka bertanya kepada lelaki kenapa dia menyukainya...

sebenarnya sukar untuk lelaki menjawabnya kerana dia tidak tahu akan jawapannya dan perempuan perlu tahu bahawa jika lelaki tidak dapat memberi jawapan bukan bermakna dia tidak menyukai anda tapi sebaliknya dia sangat menyukai anda sehingga tidak mampu untuk menyatakannya...

.

Ini satu teori yang aku sering lihat dengan pancaindera dalam ruang kehidupan aku...kebanyakkan lelaki tidak dapat menyatakan perasaan sebenarnya kepada perempuan yang disukainya dengan alasan atau sebab munasabah kerana perasaan cinta itu datang dengan sendiri dan kadang-kala kita tidak sedar perasaan kita sendiri...

sebab itu kadang-kala kita tidak dapat meluahkannya dengan kata-kata tapi sebaliknya dengan tingkahlaku kita...

jatuh cinta itu perlu sebagai manusia yang normal kerana ia adalah anugerah yang indah dari illahi...

p/s : banyak kali jatuh tangga...adehhh....

Friday, April 29, 2011

~@~Macam Budak-budak la~@~

salam semua...entri kali ini, kita kutuk orang pulak....hahahaha....

aku kadang-kadang bengang gak dengan segelintir manusia nie yang bajet hebat tapi haprak...lebih-lebih lagi kalau
bekerja dibawah satu organisasi....


mereka bajet hebat dengan adanya jawatan yang besar dalam kelab...
aku tahu la aku nie just orang bawahan je...
tapi kalau setakat pegang jawatan besar tapi tak pernah datang
meeting baik tak payah...
lepas tu pandai je komplen itu tak kena la, yang ini tak kena la...


please la....!!!!!!!
you as a junior should respect your senior....
yeah, memang korang ada hak untuk bersuara tapi tolong la jangan bergaduh dan banyak bunyi ok...
semua tak kena..korang je betul....hmmmmm....


aku rasa kelab ni tak boleh maju ke depan la bila orang-orang kat dalamnya asyik bergaduh dan tak bersatu...
mesti banyak kepincangan nanti....mesti punye la....
sebab ego masing-masing membuatkan tiadanya kerjasama dan bersatu dibawah payung yang sama...


dah la....tak payah nak bergaduh pasal benda kecik macam tu...buang masa dan tenaga je la...
baik tumpukan perhatian pada projek-projek yang akan datang.....

so guys,

please respect your senior ok...
tak rugi pun sebab dulu aku pun respect senior gak...
xde pun kecoh-kecoh macam korang.....
bla r....!!!!


p/s : geram dengan sikap adik-adik "sayang" yg xhormat pada abg akaknye....


Wednesday, April 27, 2011

~@~Gagal...??jangan mudah putus asa...~@~

dalam kehidupan kita, sememangnya tidak boleh lari daripada norma kehidupan....
(eh, kenape aku buat ayat karangan nie?? ah, layan je...)

kadang-kala, kehidupan telah membuat kita menjadi lebih matang...
dalam kehidupan pula, kita tidak boleh lari dari erti kegagalan...


kegagalan sebenarnya adalah satu permulaan dalam hidup kita... ramai yang berpendapat bahawa kegagalan itu sesuatu yang teruk namun sebenarnya kegagalan itu la mengajar kita erti kehidupan...

gagal?? putus asa??? rasa rendah diri?? malu??

campakkan sifat-sifat tersebut jauh-jauh dari kamus hidup anda kerana ianya akan melemahkan diri kita...


ya...memang kegagalan itu melemahkan kita...
tapi kita harus menerimanya dan bangkit untuk menggapai kejayaan...
putus asa adalah bagi orang yang lemah...
kekuatan kita terletak dalam diri kita sendiri...
jatuh bangun adalah ditangan kita....
ayuh, bangkitlah dari kegelapan dan kegagalan kerana nercaya pasti akan ada sinar baru dalam kehidupan...

p/s : untuk munasabah diri....peace...!!!

Monday, April 25, 2011

~@~Cinta Tak Semestinya Dimiliki~@~

salam semua...
dah lama tak merepek dalam blog nie...dah bersarang kot...

tajuk kali nie "cinta tak semestinya dimiliki"...


perghhhh jiwang karat pulak aku...
mentang-mentang exam dah abis...
banyak masa nak berjoli yek...

kadang kala dalam kehidupan kita nie ada pasang surutnye...
ia bagaikan roda...kejap di atas kejap dibawah...
sama juga dengan CINTA...


kadang kala kita tidak dapat memiliki cinta seseorang itu...
bukan kerana faktor paras rupa atau wang, tetapi faktor utama cinta tak dimiliki adalah dari insan itu sendiri...
kadang kala bukan semua orang yang kita suka atau CINTA akan menerima kita seadanya...

kerana hati dan perasaan tidak boleh dipaksa...
ia datang dengan sendiri tanpa kita sedari...
kerana itu istilah "cinta tidak dimiliki" muncul apabila sidia menolak cinta kita atau sidia telah menemui cinta yang lain..


dalam hal ini (perghhh macam tulis esei), kita yang CINTAnya ditolak perlu bangkit untuk melupakan kisah silam dan bangun mencari atau menerima CINTA daripada insan yang lain tanpa terus menunggu CINTA dari sidia kerana ternyata sudah tidak ada ruang untuk kita di hatinya...


melupakan CINTA yang lama sememangnya sukar namun itu adalah ubat yang terbaik untuk diri kita dan juga masa depan kita...
so, CINTA itu milik semua dan tiada CINTA yang lebih indah melainkan CINTA kepada-NYA....


dedicate for my beloved friend and for myself too......

Friday, April 15, 2011

~@~sebab kenapa malas study~@~

tetibe tengah aku baru feel nak study..(sbb byk main je), member aku bernama datin usha ditingkap bilik aku yang mengadap kafe dan berkata....

datin: wei, tengok tu...bestnye study dgn boypren..baru semangat nak study..xde ngantuk...ko cari la sorang...untuk teman study...

aku : ooo patut la aku xsemangat...rupenye xde sumber aspirasi dan xde orang nak teman....nak buat camne...hurmmm
(ayat dialog telah diedit ikut rasa)


baru aku tahu punca kemalasan study aku....xde sumber aspirasi rupenye....ish3 patut malas tahap gaban...sempat lagi nak update blog nie...woiiii study la woiiii...

ok la, aku chaww dulu...itu je....bye2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...