salam semua abang-abang, adik-adik, kakak-kakak, mak cik-mak cik, pak cik-pak cik....
entri kali ni bukan nak suruh korang undi aku..jap2, bila masa pulak aku bertanding nie???hohoho...
takpe-takpe, kita lupekan dulu pasal undi tu...(aku memang suka perasan pon)
oleh kerana kat universiti tempat aku belajar ni akan diadakan pilihan raya kampus, maka aku sebagai penganalisis politik (chewahhh beria je) nak kasi sikit pendapat aku tentang hal ni...
ye la, aku kan student sains politik...nak xnak kena tahu jugak pasal hal-hal ni...
malam semalam aku dengan kawan-kawan turun la ke padang kawad usm nak dengar rapat umum. rapat umum ni hari pengenalan calon..mase ni la dorang dok promote diri masing-masing suruh turun undi depa...aku turun p dengar rapat umum pon sebab banyak kawan aku masuk bertanding...so, kira nak support kawan la ni...
tapi, ade sesuatu yang tak kena sikit...
penonton atau penyokong ideologi masing-masing macam tak saling menghormati mase calon dok bagi ucapan...contohnya, calon X dari parti X tengah berucap, tapi parti Y dok kecoh-kecoh, menjerit-jerit macam menggangu tau, cakap yang bukan-bukan la...macam tu jugak la sebaliknya...
memang budaya dorang macam tu ke??
kadang-kadang pegawai rapat umum (bukan student) dah pesan banyak kali supaya tak menggangu calon semasa sedang berucap...tapi student-student ni tetap tak nak diam..tetap nak kutuk-kutuk...habis hilang suara jerit-jerit kot....
tengok aku…relax je semalam…tak de pon terpekik-pekik, terkinja-kinja…
lagi satu aku dapat tengok semalam apabila seorang calon dari parti XY bukan nama sebenar (aku xnak mention mana-mana parti) yang berucap dengan lantangnya telah memperkecilkan satu lagi parti dengan menggunakan bahasa kesat…mungkin terlalu emosi kot…
sepatutnya tak boleh cakap macam tu…helooo, awak kan calon yang bertanding, sebagai bakal pemimpin kena la guna ayat yang sopan….baru orang nak undi…
apa-apa pun, aku hope korang semua Berjaya (macam dorang baca blog aku je)
semoga manifesto yang korang janjikan tu Berjaya ditunaikan..
jangan pandai cakap je tapi tak reti buat kerja…
opssss sori ayat terkasar pulak…(mesti ada yang tersentap ni) lalalala........
No comments:
Post a Comment