~@~BiArPuN JaLaN Itu PaNJanG KiTa AkaN MeReNtASiNyA PeRLaHaN- LaHaN~@~

Thursday, December 12, 2013

~@~ Penat ~@~

penat.
penat dengan tipu helah dunia.
penat dengan percaturan hati.

semakin lama semakin penat.
mungkin beban terlalu banyak?

penat.
aku penat dengan semua ini.


Monday, December 2, 2013

~@~ Matang ~@~

matang?
sejauhmanakah kematangan itu?
mungkin orang nampak kita tak matang tapi mereka tidak boleh terus menuduh tanpa bukti yang kukuh.
aku mempersoalkan, sejauhmanakah kematangan itu?
mungkin mereka nampak aku tidak serius tapi tidak boleh mempertikaikan sejauhmana kematangan aku.
satu saja yang perlu tahu,
aku jenis berfikir jauh ke hadapan. setiap perkara yang berlaku, aku akan fikir kebaikan dan keburukannya.
bukan jenis mengambil mudah sesuatu perkara.
bukankah itu menunjukkan kematangan?
persoalannya, sejauhmanakah kematangan itu?
maaf.
anda tidak boleh mempertikaikan sejauhmana kematangan seseorang itu.
selamat malam dunia.
aku perlukan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.
perlukan ruang untuk menjadi lebih matang. 


Sunday, December 1, 2013

~@~ Mungkin ini Ujian dari Allah ~@~

Allah tak akan bagi ujian dan dugaan kalau kita sendiri tak mampu menanggungnya.

mungkin ini ujian untuk aku dan aku mampu untuk menanggungnya.

kuatkan hati. Allah kan ada.


Thursday, June 20, 2013

~@~ Buta ~@~

jangan buta kerana cinta.
.

 ...

 .....

..........

 ......................


........................

...........

.....

.
 


To Be Continued ...

Friday, May 31, 2013

~@~ Hidup = Takdir ~@~

apabila bercerita tentang ruang hidup, kita selalu memikirkan setiap yang terjadi dalam hidup kita adalah takdir yang telah tertulis...

siapa yang kita akan jumpa, apa yang kita akan buat pada masa hadapan, dan setiap perjalanan hidup kita ada jalan ceritanya yang tersendiri.

setiap apa yang berlaku akan memberi impak dalam hidup kita.
apa sahaja yang ada di sekeliling kita ada perkaitannya dan simbiosis antara satu sama lain.


apa sahaja yang ada di depan mata adalah pilihan kita namun ia bergantung sama ada kita memilih jalan yang betul ataupun salah kerana jalan yang kita pilh itulah akan menentukan takdir hidup kita pada masa akan hadapan.

“It is not in the stars to hold our destiny but in ourselves.” 
by William Shakespeare.

Thursday, May 23, 2013

~@~ Membisu Sebab Semua Tu Kerja ALLAH ~@~

melihat rakan-rakan yang bakal menamatkan zaman bujang terdetik juga di fikiran aku..bila pulak giliran aku..

ada kawan aku tanya kau pulak bila..? dan selalunya aku tak dapat nak menjawabnya..aku akan diam membisu..

aku membisu sebab aku tak tahu nak cakap apa..
aku membisu sebab aku tak tahu bila tarikhnya..
aku membisu sebab aku tak tahu siapakah yang bakal menjadi teman hidupku..
aku membisu sebab aku tak tahu sama ada aku kahwin atau tak..

sebab...

aku tahu bahawa siapa jodoh kita, bila kita kahwin, bila ajal kita, rezeki kita, anak berapa, kerja apa nanti semua tu kerja ALLAH...
semua tu rahsia ALLAH ! 


SubhanAllah kerdilnya diri ini asyik bertanya je persoalan tu..sepatutnya berdoa dan berserah semuanya kepada ALLAH sahaja..
ALLAH akan memberikan yang terbaik dalam hidup kita..percayalah !






Saturday, May 11, 2013

~@~ H I L A N G ~@~

Hilang bukan bererti tiada...

Hilang bukan bererti pergi...

Hilang bukan bererti lari...

Hilang bukan bererti takut...

..........


Hilang untuk mencari kepastian...

Hilang untuk mencari kebenaran...

dan
 
Hilang untuk mencari jawapan...


Thursday, May 2, 2013

~@~ Kecewa dan Terkilan ~@~

kecewa dan terkilan...

rasa nak lari jauh jauh dan jauh !

apa anda nak buat kalau kawan baik anda tipu dan tidak jujur dengan anda?

hmmmmmm.....

aku rasa aku ni terlalu baik sangat kot !

Tuesday, March 26, 2013

~@~ Tanpa Tajuk ~@~

kita tak boleh kejar bayang-bayang sebab semakin di kejar semakin sukar untuk dicapai...


hidup ini perlu berdepan dengan realiti...



kita selalu anggap hidup kita seperti dalam mimpi, kalau boleh semua yang diimpikan akan tercapai tapi kita perlu bangkit daripada mimpi yang lena sebab hidup ini bukan mimpi tapi realiti...

Wednesday, February 6, 2013

~@~ Ini Jalan Hidup Kita ~@~



Hidup ini bukan macam filem hindustan yang penuh dengan angan-angan dan fantasi...

hidup ini adalah sesuatu yang realiti dan kita tak boleh lari daripadanya...

hidup ini perlu bangkit dari mimpi yang lena...

hidup ini perlu ada kesedaran diri...kalau tidak ada kesedaran diri maka musnahlah ia...

dan hidup ini perlu ada kesediaan untuk semua perkara...

mengetahui sesuatu yang realiti itu kadang-kadang pahit dan kadang-kadang manis...

ini adalah jalan hidup kita...


Wednesday, January 9, 2013

~@~ Itu Sangat Ohsem ~@~

hari jumaat yang lepas aku dengan kawan aku pergi SOGO dan Jalan TAR nak cari barang sikit...
lepas dah beli barang kat Jalan TAR, kami pun pergi la ke Jalan Masjid India pulak...
time aku merayap tu dalam pukul satu lebih kira time orang solat jumaat la...
so, aku pon menyusuri la laluan nak ke Jalan Masjid India dari Jalan TAR...
masa tu dah nak start solat jumaat...
aku lihat ramai orang lelaki islam yang memenuhi lorong-lorang kaki lima, tepi jalan yang redup dengan sejadah di hadapannya...
mereka mendirikan solat di situ kerana masjid India dah penuh...
wahhhh !!!
bagi aku ini fenomena baru sebab first time aku tengok..
sebelum ni memang pernah pergi area situ tapi bukan time hari jumaat...
bagi aku ianya sesuatu yang Ohsem atau dalam bahasa BM nya Terbaik...
sempat la jugak aku snap picture orang tengah solat jumaat...





lepas pergi merayap-rayap area sana, kami pun ingat nak balik UKM la...(ohh lupa, untuk pengetahuan semua, aku sambung Master kat UKM pulak... )
tapi memandangkan masa masih awal, maka kami singgah ke Midvalley pulak dengan naik Komuter...
sebenarnya kalau nak pergi Jalan TAR ke atau Midvalley nie naik komuter senang je..
macam nak pergi Jalan TAR boleh naik komuter turun dekat Bank Negara..lepas tu boleh jalan kaki je kat area SOGO, Jalan TAR dan Jalan Masjid India dll lagi..
sampai je kat Midvalley, kami terus pergi serang Oasis Food Court sebab lapar tak makan daripada tadi...
memang kat Midvalley banyak lagi tempat makan lain tapi kami tetap nak serang Oasis Food Court sebab nak try masakan kat Portugese Grilled Seafood...
sedap sangat makanan kat situ..harga pun murah je...kira harga nasi dengan ikan tenggiri + sambal udang baru RM8.90 je...
murah kan !

ni la gerainya..cari kat dalam Oasis Food Court Midvalley ok !


yang nie aku order..ikan tenggiri dengan sambal udang..perghh meleleh..sedap sangat !

best jugak merayap-merayap nie..boleh hilangkan stress study...
itu je la story aku kali nie..tata ! 

Saturday, January 5, 2013

~@~ Mungkin Ini Temporary Feeling ~@~

saya rasa saya mengalami "temporary feeling" la...

oh noooo !!!

nak tahu apa itu "temporary feeling" ? try baca yang ini...

tata :)


Thursday, January 3, 2013

~@~ Tak Seindah Kita Impikan ~@~

kadang-kadang hidup ini tak seindah yang kita impikan...

kadang-kadang kita perlu sedar siapa kita sebenarnya...

kadang-kadang dugaan sering datang tanpa diundang...

kadang-kadang kepahitan itu perlu ditutup di sebalik senyuman...

                                               

Tuesday, January 1, 2013

~@~ Tak Nampak ~@~

kenapa tak pernah nampak ya sebelum nie ?

dah tak ada depan mata baru nampak ya ?


~@~selamat tahun baru 2013~@~


lamanya tak update entry baru kan...

aku agak busy dengan exam yang bakal menjelma..
walaupun ada kisah panas yang nak aku story..xpe, simpan dulu..

aku ada jumpa Favourite Quotations ni kat facebook kawan aku yang berbunyi 

"Mengapa Tunggu Hari Esok Sekiranya Hari Ini Dapat Menyelesaikannya..."

faham maksudnya?? fikir-fikirkan...

Selamat Tahun Baru 2013 ! ! !





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...