~@~BiArPuN JaLaN Itu PaNJanG KiTa AkaN MeReNtASiNyA PeRLaHaN- LaHaN~@~

Sunday, January 15, 2012

~@~ Awas, Anda Sedang Diperhatikan ! ~@~


hello dan assalamualaikum !!

aku duduk kat hostel perempuan (memang la sebab aku perempuan) dan kawasan hostel ni dah confirm la lelaki xboleh masuk tapi yang aku pelik kadang-kadang ada jugak lelaki masuk tapi just kat bawah je la macam kat kawasan pondok ni..
memang mereka selalu lepak kat sini dengan awek-awek atau kawan-kawan perempuan..



tapi masalahnya kalau dok sembang je xpe la tapi sampai berpeluk-peluk dan berdua-duaan waktu malam ape cer beb??
aku pun bukan la baik sangat tapi sebagai sesama agama kita kena saling tegur menegur betoi tak...!
aku respect dengan segelintir pihak yang mengambil pendekatan dengan menegur secara bertulis..
ye la, kalau cakap mulut nanti ada pulak yang sentap dan makan hati...





tapi masalahnya, kertas tersebut seperti dikoyakkan..mungkin di sebabkan tiupan angin atau hujan atau tangan manusia yang mengoyakkannya...hurmmmm
aku perhatikan juga, sebelum aku keluar aku nampak kertas peringatan tu masih lagi elok terlekat dekat tiang pondok tapi beberapa jam selepas itu aku melihat kertas tersebut telah koyak dua dan dicampakkan di bawah..
kemungkinan anak-anak kecil yang mengoyakkannya...


kita tidak boleh menuduh kerana boleh mendatangkan fitnah..
maka aku mengambil pendekatan baru dengan menulis ayat yang baru lalu melekatkan semula ke tiang tersebut...
kerana aku berpendapat jika seseorang telah memulakan dengan niat yang baik, aku akan membantu meneruskannya...

Monday, December 26, 2011

~@~Kenapa Lelaki Suka Makwe Cantik Je??~@~

kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak kenapa lelaki suka mencari makwe yang cantik-cantik je walaupun diri mereka tak le sekacak mana atau memang jenis perasan hensem....


korang nak tahu apa jawapannya??

meh sini aku kasi taw...

sebenarnya kalau mereka dapat makwe yang cantik, dahi licin, pipi gebu, mereka akan rasa bangga bila tunjuk kat kawan-kawan mereka...
boleh la belagak sikit atau kasi jelez kat kawan-kawan....
biasa la, lelaki kan ego sikit...

TAPI

tak semua lelaki macam tu...(aku backup lelaki lak ni)

ada juga yang mancari cinta sejati (perghhh ayat kau) kerana keikhlasan, kecantikan dalaman, dan kejujuran tanpa bersandarkan rupa semata-mata...


TAPI 

kalau ada lelaki yang cakap "saya suka awak sebab awak cantik"...

please ! ! ! berhati-hati sebab mereka hanya sukakan kecantikan korang je..
kalau korang dah tak cantik, mesti dia akan tinggalkan korang... kemungkinan besar mereka jenis mata keranjang....

aku ada terbaca satu kisah kat fb...

ada seorang lelaki mengekori seorang perempuan yang cantik...
perempuan itu hairan lalu bertanya kepada lelaki itu. "kenapa awak mengekori saya?", lalu lelaki itu menjawab, "kerana saya suka awak dan tertarik dengan rupa awak yang cantik dan saya ingin berkenalan dengan awak.". 
kemudian perempuan itu menjawab, "awak patut lihat kawan saya, dia lebih cantik daripada saya..dia ada di belakang awak." 
dan lelaki itu pun menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa pun di belakangnya. 
and last perempuan tu cakap, "kalau awak betul suka dan nak berkenalan dengan saya, awak tidak akan menoleh ke belakang. nampak sangat awak memang suka perempuan yang cantik je." 

SEE !!!

so, hati-hati ye perempuan-perempuan cantik dengan lelaki seperti itu..!!


Thursday, December 15, 2011

~@~Apa Korang Akan Buat Kalau Ada Seseorang Datang Meluahkan Perasaan?~@~

hai korang....aku nak merapu merepek lagi...


apa korang akan buat kalau ada seseorang datang meluahkan perasaan dan ingin couple dengan anda???
mesti korang terkejut dan tertanya-tanya sama ada dia serius atau tidak??
atau tertanya-tanya sama ada anda bakal aweknye/pakwenye yang ke-5 atau tidak?? 
(yela, playboy playgirl kan ramai kat dunia nie)


senang je...
mula-mula sekali time dia luahkan perasaan, 
korang kena tanya direct kat dia sama ada korang ni bakal peneman kala dia sunyi ke (yela, bf/gf kan jauh, so cari la mangsa) 
atau pun dia memang serius nak kawan dengan korang...




so, korang try la buat camtu mesti dia terus tak nak kawan dengan korang...huahahahaha

p/s : sila jangan tiru cara di atas yek...

Monday, November 28, 2011

~@~ohhh awak si selipar jamban~@~

pashmina dah cantek kat ats kepala...
cardigan, baju, seluar disarungkan...
beg di bahu...
sarungkan kasut....
jalan penuh bergaya...
tetiba baru perasan aku pakai selipar jamban...


macam mana la boleh tak perasan?? adoiiiii...
buat malu je..!!
selamat perasan masa nak turun tangga hostel..
kalau la aku ke kelas dengan selipar jamban...
nak je aku tutup muka sambil berjalan, lepas tu terlanggar tiang, benjoi kepala, padan muka hang...
adoiiiii 



p/s: dua kali dah kot terpakai selipar jamban p kelas..

Tuesday, November 15, 2011

~@~Berkata Tentang Temporary Feelings~@~



assalamualaikum dan helooooo !


apa itu temporary feelings??
 " every feelings is temporary unless you make it permanent "
temporary feelings sering terjadi pada manusia xkira la temporary feelings sebab sukakan seseorang, sebab sukakan sesuatu pekerjaan atau sesuatu barang yang baru...


tapi 'temporary feelings' lebih kepada istilah sukakan seseorang..


contohnya ianya terjadi apabila kita berjumpa dengan seseorang yang baru dan menarik perhatian kita, kita akan terbit perasaan SUKA namun selalunya perasaan itu sementara sahaja kerana apabila kita mula bosan dan rasa ianya tidak kekal, so kita akan biarkan perasaan itu berlalu dan hilang...




temporary feelings selalunya sekejap sahaja iaitu dalam 2 atau 3 bulan...mungkin berminggu-minggu atau mungkin berhari-hari..
bergantung kepada individu itu sama ada perasaan itu lama atau sekejap.. 
dan selalunya tidak lebih dari 4 bulan...
kadang-kadang kita akan ter temporary feelings dengan beberapa orang dalam masa yang serentak...ya, ia selalu terjadi ! ! !


jadi, kita perlu jujur dengan diri sendiri, jangan mempermainkan perasaan orang lain..kalau rasa tidak selayaknya, maka lupakan saja dan teruskan berjalan ke hadapan kerana mungkin ada sinar baru di hari esok..senyum-senyum selalu ya...bye2!!



lagi satu, korang boleh baca tentang temporary feelings ni lagi detail kt sini ok !


p/s :tak suka temporary feelings

Thursday, November 3, 2011

~@~ Haruskah? ~@~


aku harus memandang ke hadapan,
terus melangkah tanpa menoleh ke belakang,
berhenti apabila tiba di persimpangan,
memilih dua jalan yang berbeza.

kenapa perlu adanya persimpangan,
yang sukar untuk aku memilih,
sama ada suka atau duka,
dan
perlukah aku melangkah,
memilih salah satu persimpangan?


atau...

haruskah aku berdiri kaku,
tanpa memulakan langkah,
dan
 membiarkan persimpangan itu menjadi sukar untuk dilalui?

can you read my feeling?





i am waiting for you...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...